Khamis, 23 Julai 2015

Khamis, Julai 23, 2015
Charlie Hebdo Serik, TAUBAT Enggan Lukis Karikatur Nabi Muhammad Lagi | Editor Charlie Hebdo, Laurent Sourisseau (gambar kecil) memaklumkan majalah satira Perancis berkenaan tidak akan menerbitkan kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad pada masa hadapan.

Charlie Hebdo Serik, TAUBAT Enggan Lukis Karikatur Nabi Muhammad Lagi

“Kami melukis imej Nabi Muhammad untuk mempertahankan prinsip bahawa seseorang boleh melukis apa sahaja yang disukainya.

“Kami telah melaksanakan tugas ini, kami mempertahankan hak untuk membuat karikatur,” kata Sourisseau kepada majalah Jerman, Stern baru-baru ini.

Mengimbau serangan berdarah ke atas ibu pejabat Charlie Hebdo di Paris pada 7 Januari lalu, Sourisseau mendedahkan bahawa dia berpura-pura mati untuk menyelamatkan diri.

Sourisseau memiliki kira-kira 40 peratus saham dalam majalah satira tersebut.

“Selepas semuanya berakhir, langsung tiada bunyi. Tiada yang mengadu, tiada rengekan. Ketika itu, saya sedar kebanyakan orang sudah mati.

“Namun, keganasan yang dipersalahkan kepada Islam ini boleh ditemui dalam agama lain juga,” ujarnya.

Sebelum ini, pelukis kartun, Renald Luzier yang melukis karikatur Nabi Muhammad di muka depan majalah satira itu turut bertekad untuk melakukan perkara serupa.

“Saya tidak akan melukis karikatur Nabi Muhammad lagi. Ia sudah tidak menarik bagi saya, saya tidak akan menghabiskan hidup saya dengan melukis kartun Nabi Muhammad,” katanya.

“Setiap keluaran adalah menyeksakan kerana rakan-rakan lain sudah tiada (terbunuh). Saya letih memikirkan apa agaknya yang akan dilakukan oleh Charb, Cabu, Honore dan Tignous dalam situasi seperti ini,” tambah Luzier.– Agensi

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0721&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.