Isnin, 6 Julai 2015

Isnin, Julai 06, 2015
Chef Wan Di Kritik Peminat Gara-Gara Gambar Separuh Bogel | Jarang -jarang juga Chef Selebriti, Chef Wan timbulkan kontroversi. Namun, menerusi laman Instagramnya sekeping gambar lama yang dimuatnaik beliau menimbulkan kritikan pedas peminatnya.

Chef Wan Di Kritik Peminat Gara-Gara Gambar Separuh Bogel

Gambar tersebut yang memperlihatkan Chef Wan berseluar pendek lantas menayangkan tubuh badannya menimbulakn kurang senang peminat apatah lagi ia dimuatnaik di bulan Ramadhan.

Khabarnya gambar tersebut diambil ketika berada di Pantai Cherating, Pahang sewaktu dia berusia 25 tahun dan masih bujang.

Bagaimanapun, tindakan Chef Wan berkongsi gambar tersebut dalam masa yang sama turut membuatkan sesetengah peminatnya tidak berpuas hati kerana dia memperlihatkan tubuh badannya kepada khalayak, lebih-lebih lagi gambar tersebut dimuatnaik ketika bulan Ramadan.

Menurut Chef Wan, dia sudah pun menjelaskan penampilan sedemikian adalah perkara biasa apabila bercuti di pantai.

Namun, pada kami, jika berpakaian sebegini, ianya pasti menjadi bahan kutukan lebih-lebih lagi melibatkan golongan selebriti.

Kesimpulannya, siapa pun perlu lebih sensitif untuk memuatnaik gambar di laman sosial kerana kadang-kadang mungkin gambar yang dikongsikan tidak mudah diterima oleh sesetengah pihak dan bakal menimbulkan kontroversi.

sumber
http://www.rotikaya.com/peminat-kritik-chef-wan-muat-naik-gambar-separuh-bogel/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.