Sabtu, 4 Julai 2015

Sabtu, Julai 04, 2015
Dakwaan WSJ Tanpa Bukti | Dakwaan oleh media antarabangsa Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh diterima kerana ia tidak disertakan dengan dokumen dan bukti yang kukuh, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Dakwaan WSJ Tanpa Bukti

Beliau berkata, pendedahan oleh WSJ bahawa dana hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib itu adalah berasaskan laporan oleh portal Sarawak Report yang kesahihanya dipertikaikan.

“Siapa-siapa pun boleh membuat tuduhan dan pendedahan, tetapi jikalau tiada bukti yang kukuh kita tidak boleh menerima pendedahan tersebut.”

“Dalam hal ini (dakwaan oleh WSJ) , saya tidak nampak ada bukti yang kukuh, mereka kata ada dokumen tetapi sekarang tidak ada apa-apa dokumen yang dikemukakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan Ramadan di Masjid Bandar Beris Baharu, hari ini.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata dalam prinsip perundangan dan mahkamah, beban untuk membuktikan sesuatu tuduhan terletak di bahu pihak yang membuat tuduhan itu dan bukannya pihak yang dituduh.

Ditanya sama ada Perdana Menteri dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu mengambil tindakan guaman terhadap WSJ, beliau berkata perkara itu terpulang kepada kedua-dua pihak terbabit. - Bernama

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/61937#sthash.CJNyH9Fo.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.