Ahad, 12 Julai 2015

Ahad, Julai 12, 2015
Dera Yaya: Ibu Tiri Dan Bapa Mengaku Tak Bersalah : Sepasang suami isteri yang didakwa di Mahkamah Sesyen di Kota Baharu atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun (Yaya), sejak Januari lalu mengaku tidak bersalah atas dakwaan mendera anak mereka.

Dera Yaya: Ibu Tiri Dan Bapa Mengaku Tak Bersalah

Ibu tiri kanak-kanak itu didakwa atas dua tuduhan termasuk menyebabkan kecederaan parah.

Manakala bapa kandung mangsa didakwa satu tuduhan mengikut Akta Kanak-kanak 2001.

Mahkamah kemudian memutuskan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM20,000 untuk setiap pertuduhan.

Mereka juga perlu melapor diri di balai polis Rantau Panjang pada setiap 1 hingga 5 haribulan setiap bulan hingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 16 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Kanak-kanak itu Nur Zuliana Zaara dipercayai didera oleh ibu tirinya sehingga menyebabkan kanak-ka-nak itu mengalami kecederaan di seluruh badan.

sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sepasang-suami-isteri-mengaku-tidak-bersalah-dera-anak-65582


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.