Ahad, 26 Julai 2015

Ahad, Julai 26, 2015
Lelaki Di Simbah Asid Kerana Kutip Duit Sewa Rumah | Seorang bekas pelajar kolej perubatan berusia 22 tahun cedera 30 peratus pada muka, tangan dan badan apabila disimbah asid oleh seorang lelaki di Kampung Baru Bakar Kapur, Kuala Kedah, semalam.

Lelaki Di Simbah Asid Kerana Kutip Duit Sewa Rumah

Dalam kejadian kira-kira 6 petang, empat remaja lelaki lain termasuk dua adiknya berusia 22 hingga 11 tahun turut cedera ringan ketika mereka datang untuk mengutip sewa rumah yang tertunggak sejak Februari lalu daripada penyewa terbabit.

Sumber berkata, ketika mereka tiba, hanya isteri lelaki berkenaan berusia 50-an berada di rumah bersama dua anaknya, manakala suspek berusia 60-an berkenaan dipercayai keluar kerana mempunyai urusan.

Menurutnya, suspek kemudian pulang ke rumah dengan membawa laporan polis yang baru dibuat di Balai Polis Kuala Kedah mendakwa kumpulan remaja lelaki berkenaan datang ke rumahnya mahu membuat kacau.

"Ketika kumpulan remaja lelaki itu membaca laporan polis itu, suspek mahu ke dalam rumah sebelum keluar semula dengan membawa botol plastik lalu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah mangsa.

"Akibat itu, lima remaja lelaki itu menjerit kesakitan lalu melarikan diri sebelum bertindak terjun ke sungai yang terletak berhampiran dan suspek dipercayai masuk semula ke dalam rumah lalu mengurungkan diri," katanya.

Menurutnya, berikutan kejadian itu, ahli keluarga membuat laporan polis sebelum suspek berjaya ditahan untuk siasatan.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkata, suspek kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan senjata.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/66309#sthash.WFQMDSoW.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.