Isnin, 6 Julai 2015

Isnin, Julai 06, 2015
DJ Lin Masuk Hospital Di Jangkiti Denggi | Penyampai radio Suria FM, DJ Lin dimasukkan ke hospital kerana disahkan menghidap demam denggi.

DJ Lin Masuk Hospital Di Jangkiti Denggi

Berita itu dikongsikan DJ Lin atau nama sebenarnya, Rosalinda Abdul Majid menerusi Instagram. Mengikut DJ Lin, platlet darahnya semakin menurun sementara suhu badan semakin meningkat kepada 40 darjah Celsius.

"Badan saya sangat lemah dan terasa seperti bisa-bisa. Malah selera makan saya juga berkurang. Doakan saya cepat sembuh," katanya.

Terdahulu, DJ Lin berjumpa doktor di sebuah hospital swasta di sini bagi mendapatkan rawatan selepas mengadu mengalami demam panas sejak beberapa hari lalu.

Berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, beliau turut memaklumkan kepada pendengar, dia tidak dapat ke udara menerusi segmen Suria Cinta.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/65934


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.