Khamis, 9 Julai 2015

Khamis, Julai 09, 2015
Gadis Mangsa R0gol Di Temui Dalam Longkang Di Penampang | Seorang gadis berusia 20-an ditemui terbaring dalam keadaan hanya memakai coli di dalam longkang di Jalan Bundusan berhampiran Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), tengah hari tadi.

Gadis Mangsa R0gol Di Temui Dalam Longkang Di Penampang

Mangsa ditemui oleh seorang lelaki yang dalam perjalanan ke tempat kerja berhampiran lokasi kejadian pada 12 tengah hari.

Menurut sumber, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, lelaki itu dikatakan tiba-tiba ternampak seorang wanita dalam keadaan hanya memakai coli terbaring di dalam longkang.

Gadis Mangsa R0gol Di Temui Dalam Longkang Di Penampang

"Ketika itu, dia menyangka wanita terbabit sudah meninggal dunia namun terkejut apabila melihat wanita itu bergerak sebelum menghubungi polis," katanya.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Rosley Hobdin ketika dihubungi mengesakan menerima laporan mengenai penemuan wanita terbabit.

Gadis Mangsa R0gol Di Temui Dalam Longkang Di Penampang

"Mangsa kini dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut kerana cedera di tubuh.

"Polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu sama ada wanita itu mangsa jenayah atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi pihak media, petang tadi.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/63268?#sthash.P9mePOGW.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.