Ahad, 12 Julai 2015

Ahad, Julai 12, 2015
Gaduh Di Low Yat, Seorang Lelaki Di Tahan | Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tujuh lelaki menyerang dan merosakkan sebuah kedai telefon bimbit di Plaza Low Yat, 7.50 malam tadi.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, sekumpulan lelaki itu memecahkan peralatan di dalam kedai berkenaan selain turut memukul pekerja kedai itu.

"Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang daripada mereka ditahan pengawal keselamatan kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.

"Kerugian dianggarkan RM70,000," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Video insiden berkenaan turut tersebar di media sosial.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/lelaki-ditahan-bantu-siasatan-kes-gaduh-plaza-low-1.409783


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.