Rabu, 29 Julai 2015

Rabu, Julai 29, 2015
Gambar Budak Syria Jual TISU Di Tumbuk Peniaga Cetus Kemarahan Penduduk | Gambar seorang budak lelaki pelarian Syria yang dipukul beberapa pekerja restoran di bandar ini kerana menjual tisu mencetuskan kemarahan dan simpati penduduk di Turki.

Gambar Budak Syria Jual TISU Di Tumbuk Peniaga Cetus Kemarahan Penduduk

Ahmed Hamdo Abeyd yang menjual tisu sebagai sumber pendapatan dipukul pekerja restoran berkenaan kerana dikatakan mengganggu pelanggan.

“Saya hanya menjual tisu. Ketika mahu menjual tisu kepada seorang wanita tiba-tiba sekumpulan lelaki menarik saya dan terus memukul saya.

“Mereka memijak saya sehingga pengsan,” katanya kepada akhbar Hurriyet Daily .

Menurut akhbar itu, beberapa penduduk kemudian menyiram air pada Ahmed untuk menyedarkannya.

Budak syria cedera ditumbuk

Gambar Ahmed yang menangis dengan hidung berdarah mendapat simpati Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu.

Beliau mengarahkan pemimpin tempatan untuk mencari kanak-kanak itu dan memberikannya tempat tinggal.

Pm turki arah budak syria dibantu

Seorang pengguna Twitter pula mendesak pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan menghukum pepekerja restoran berkenaan.

“Air mata saya mengalir melihat kejadian itu dan berharap pekerja restoran berkenaan dikenakan tindakan,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/66789#sthash.cE5XUuZe.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.