Isnin, 27 Julai 2015

Isnin, Julai 27, 2015
Gambar: Ribut Kencang Di LPT, 30 Pokok Tumbang, 5 Kenderaan Rosaka | Para pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Temerloh ke Kuala Lumpur berhadapan kesesakan teruk hampir 10 kilometer selama hampir satu jam selepas kira-kira 30 pokok tumbang di Kilometer 85 berhampiran Lanchang menghala ke Kuala Lumpur, petang semalam.


Kejadian pada kira-kira jam 3 petang dipercayai akibat hujan dan ribut itu turut menyebabkan lima kenderaan mengalami kerosakan akibat terlanggar pokok yang tumbang.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ribut yang berlaku kira-kira 10 minit itu.

Pengarah Anih Berhad, Nik Fauzi Nik Hussein berkata, kejadian yang menyaksikan kira-kira 30 batang pokok tumbang berkenaan adalah kali pertama di lebuh raya itu.


Bagaimanapun katanya, pihaknya sudah mengambil tindakan segera membersihkan laluan berkenaan dan ia boleh digunakan sepenuhnya kira-kira jam 4.15 petang.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/66326


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.