Jumaat, 3 Julai 2015

Jumaat, Julai 03, 2015
Gelar nenek rasis, Guan Eng diperintah bayar Jahara RM500,000 | Lim Guan Eng, hari ini diarah membayar ganti rugi sebanyak RM500,000 kepada Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara Hamid kerana menggelar beliau sebagai 'nenek rasis'.

Gelar nenek rasis, Guan Eng diperintah bayar Jahara RM500,000

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hasan, ketika membacakan keputusan juga mengarahkan Ketua Menteri itu membayar kos guaman sebanyak RM40,000 beserta faedah sebanyak lima peratus.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu turut diarah untuk menarik balik kenyataan terhadap Jahara, selain mengeluarkan injuksi menahannya daripada mengulangi kata-kata fitnah.

Jahara sebelum ini memfailkan saman terhadap beliau, selepas menggelarnya sebagai 'nenek rasis' dalam sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Disember 2013 lalu.

Guan Eng menggunakan gelaran 'nenek rasis' itu apabila Jahara dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/65367


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.