Sabtu, 25 Julai 2015

Sabtu, Julai 25, 2015
Gempar, Lelaki Bogel Di Jalan TAR | Orang ramai yang keluar untuk menikmati makan tengah hari dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berjalan dalam keadaan bogel di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Gempar, Lelaki Bogel Di Jalan TAR

Dipercayai lelaki itu berjalan tanpa tujuan di jalan yang sibuk selama setengah jam pada waktu  tengah hari sebelum orang ramai memberikannya pakaian.

Gambar lelaki bogel berkenaan menjadi viral di media sosial.

Polis peronda gagal menemui lelaki bogel berkenaan selepas mereka diberitahu mengenai kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi, Timbalan Supt M. Gunalan berkata polis menyedari kejadian itu walaupun tiada laporan dibuat.

Katanya polis masih mencari lelaki itu.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/07/24/lelaki-bogel-di-jalan-tar/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.