Jumaat, 3 Julai 2015

Jumaat, Julai 03, 2015
Hampir Di Parang Kerana Fogging | Mahu halau nyamuk, namun dihalang lelaki amuk. Itu yang berlaku terhadap beberapa kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut apabila nyaris ditetak seorang lelaki di sebuah flat di Ayer Itam, di Georgetown, kelmarin.

Hampir Di Parang Kerana Fogging

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, lelaki berusia 31 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati dengan kerja semburan nyamuk (fogging) yang dilakukan kakitangan pejabat kesihatan terbabit sebelum dia mengambil parang dan mengacukan kepada mereka.

Aksi lelaki terbabit yang mengamuk memegang parang dan mengugut mahu menetak seorang inspektor kesihatan berjaya dirakam dan menjadi viral di media sosial.

Dalam video berdurasi 37 saat itu, dia yang dilihat bersinglet serta berseluar hitam memegang parang sambil menjerit memarahi kakitangan kesihatan kerana mendakwa mereka melakukan semburan asap tanpa memberikan notis.

Dia turut mempersoalkan tindakan itu dengan mengatakan semburan terbabit akan membahayakan nyawa mereka sekeluarga terutama anak-anaknya.



Lelaki india mengamuk guna parang...katanya india tu mengamuk sebab dorang sembur fogging tak bagi notis. Walhal semua penduduk dpt notis tu...
Posted by Kezoom on Wednesday, 1 July 2015


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/61741#sthash.BkIEmvBg.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.