Sabtu, 11 Julai 2015

Sabtu, Julai 11, 2015
Ibu Tunggal, 4 Anak Yang Viral HILANG? | Seorang ibu tunggal empat anak di sebuah pondok usang di tengah sawah, di Bukit Rambai, Melaka, yang ‘viral’ di Facebook baru-baru ini, gagal dikesan sejak petang semalam.

Ibu Tunggal, 4 Anak Yang Viral HILANG?

Difahamkan, wanita berusia lewat 20-an itu menghuni pondok terbabit bersama tiga anak masing-masing seorang perempuan dan dua lelaki, manakala seorang lagi anak perempuan sulungnya tinggal bersama neneknya di Pantai Kundur.

Ketua Unit Al-Taqwa Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Muhamad Dino Md Delan berkata, pihaknya melawat keluarga itu pagi semalam dan bercadang membawa mereka pindah dan tinggal di rumah sewa MAIM di Pantai Peringgit, pada sebelah petang namun keluarga itu menghilangkan diri.

"MAIM turut membawa lori untuk mengangkut barang serta memindahkan keluarga ini petang semalam, namun apabila tiba di sini, kira-kira 2 petang, mereka tiada walaupun kami menunggu hampir sejam.

"Hari ini, saya sendiri datang untuk membuat susulan dan menawarkan sekali lagi kepada mereka untuk berpindah, tapi mereka masih menghilangkan diri," katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati, selain MAIM, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, polis serta wakil Jawatankuasa Penyelarasan dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Klebang turut turun padang.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/63474#sthash.rsJsO9vw.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.