Isnin, 13 Julai 2015

Isnin, Julai 13, 2015
Individu cetus kekecohan di Plaza Low Yat ditahan, keadaan terkawal - KPN | Polis mengesahkan sudah menahan sebahagian daripada individu yang terbabit dalam insiden kekecohan di Plaza Low Yat, lewat petang kelmarin. 



Pengesahan itu dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya malam tadi. Khalid turut menyatakan polis sedang mengesan mereka yang terbabit. 

"Low Yat-@PDRMsia sahkan bahawa telah tangkap sebahagian mereka yang terlibat bergaduh semalam dan sedang kesan yang lain. Biar polis ambil tindakan," katanya. 

Beliau berkata keadaan di premis terbabit terkawal dan tiada rusuhan berlaku seperti yang digembar-gemburkan dan menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin. 

Khalid turut menafikan kaitan isu perkauman dalam kejadian itu dan menegaskan akan mengambil tindakan terhadap kedua-dua pihak yang menyebabkan pergaduhan itu. 

"Low Yat- @PDRMsia sahkan keadaan tenang dan terkawal. Tiada pergaduhan atau rusuhan. Jangan percaya khabar angin. Polis berkawal. "Low Yat- @PDRMsia akan ambil tindakan terhadap kedua dua pihak yang bergaduh. 

Ini tiada kena mengena dengan kaum. Cuma dua pihak yang bergaduh!" katanya menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa, berkata setakat ini polis sudah menahan empat individu berusia 22 hingga 25 tahun yang terbabit dalam kekecohan itu bagi membantu siasatan, manakala empat lagi, termasuk saksi turut dipanggil untuk memberi keterangan. 

"Seorang lelaki ditahan sebentar tadi selepas cuba melakukan provokasi susulan perhimpunan bantahan aman yang dilakukan sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) berikutan tidak berpuas hati dengan insiden berkenaan. 

"Saya bagi jaminan pihak polis akan menjalankan siasatan yang telus dan adil terhadap kedua-dua pihak," katanya. 

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mendengar, percaya atau menyebarkan khabar angin dalam media sosial yang tidak ada pengesahan daripada polis. Katanya, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. 

Tambah beliau, polis akan menempatkan anggota di kawasan terbabit untuk tujuan pemantauan bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/67610


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.