Jumaat, 10 Julai 2015

Jumaat, Julai 10, 2015
Jun Bulan Paling Banyak Penemuan UFO | Jumlah rakaman kehadiran objek terbang tidak dikenali (UFO) di seluruh dunia meningkat dua kali ganda pada Jun lepas, menurut sebuah kumpulan penjejak makhluk asing antarabangsa baru-baru ini.

Jun Bulan Paling Banyak Penemuan UFO

Kumpulan berkenaan, Rangkaian UFO Bersama (Mufon) merekodkan rakaman 1,179 objek misteri berkenaan pada Jun lepas iaitu peningkatan hampir 600 kes sepanjang tempoh sama tahun lalu.

Majoriti kes yang diterima Mufon berlaku di Amerika Syarikat (AS) dengan organisasi itu menerima antara 400 hingga 700 laporan penemuan UFO pada setiap bulan.

“Kami rasa perkara ini berkait dengan dua episod akhir siri televisyen Hangar 1: The UFO Files musim kedua,” ujar Pengarah Komunikasi Mufon, Roger Marsh kepada laman berita alternatif, Open Minds.

“Orang ramai menonton program kami dan mereka sedar bahawa mereka mempunyai tempat untuk membuat aduan sekiranya mereka melihat UFO,” tambahnya.

Antara rakaman UFO berprofil tinggi sepanjang bulan lalu menurut Marsh, termasuk objek piring terbang yang berlegar di kawasan monumen prasejarah Stonehenge. – Agensi

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0710&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.