Sabtu, 25 Julai 2015

Sabtu, Julai 25, 2015
Kementerian Pelajaran Tunggu Laporan Siasatan Kes Murid Orang Asli Di Ikat & Di Tendang Guru Sekolah | Kementerian Pendidikan masih menunggu hasil siasatan polis berhubung kes seorang murid orang Asli diikat dan dipukul oleh beberapa guru kerana dituduh mencuri di sebuah sekolah di Gua Musang, Kelantan, bulan lepas.

Kementerian Pelajaran Tunggu Laporan Siasatan Kes Murid Orang Asli Di Ikat & Di Tendang Guru

Timbalan Menterinya, P. Kamalanathan berkata belum ada tindakan diambil terhadap guru-guru berkenaan kerana pihaknya masih belum mendapat laporan hasil siasatan polis mengenai insiden itu.

"Kita biarkan polis menjalankan tugas, kemudian barulah kita boleh teliti tindakannya," katanya.

Bulan lepas, melalui beberapa laporan portal berita, penyelaras sebuah kumpulan sokongan Orang Asli, Centre of Orang Asli Concerns (COAC), Dr Colin Nicholas mendakwa seorang murid tahun empat dari suku kaum Temiar didakwa diikat, ditendang dan dipukul beberapa guru selepas dituduh mencuri wang salah seorang daripada mereka.

Pada 15 Jun lalu, seorang kanak-kanak darjah 4 dari suku kaum Temiar mendakwa dia diikat dan dipukul oleh tiga guru sekolahnya  kerana dituduh mencuri.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Sekolah Kebangsaan Kuala Betis, Gua Musang itu, mangsa juga berkata dia ditendang sehingga lebam di bahagian muka, tangan dan paha.

Menurut laman sesawang Centre of Orang Asli Concerns (COAC), perkara itu hanya diketahui pada keesokan harinya.

COAC bersama sebuah perkumpulan wanita yang aktif di Kampung Angkek menyarankan keluarga mangsa membuat laporan polis.

Ibu saudara mangsa yang dikenali sebagai Deena membawa anak saudaranya itu ke klinik pada keesokan hari di mana doktor yang bertugas turut mengambil beberapa gambar sebagai bukti menyokong laporan polis.

Kementerian Pelajaran Tunggu Laporan Siasatan Kes Murid Orang Asli Di Ikat & Di Tendang Guru

Nenek kepada mangsa, Andak binti Caling yang akhirnya membuat laporan polis di Balai Polis daerah Gua Musang pada 27 Jun 2015.

Namun beberapa hari kemudian, mangsa mendakwa rakan guru terbabit, termasuk wakil pihak sekolah serta guru besar telah meminta keluarga mangsa menarik balik laporan polis.

Satu perjumpaan khas dihadiri Deena, Andak dan wakil suku kaum Temiar dengan pemimpin masyarakat Kampung Parik diadakan bagi membincangkan kes itu.

Kesemua mereka bersependapat bahawa pihak sekolah tidak sepatutnya melindungi guru berkenaan atas apa sebab sekalipun.

Mereka bersetuju untuk tidak bersemuka dengan pihak sekolah dan terus memanjatkan laporan kepada pihak berkuasa.

Kes itu telah dilaporkan secara lisan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) oleh  pemimpin Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) pada 23 Jun 2015.

Penyelaras COAC, Dr Colin Nicholas telah memuat naik perihal kejadian di laman Facebook COAC.

Memetik laporan The Malaysian Insider, sumber polis mengesahkan kejadian dan ia kini sedang disiasat.

sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kementerian-tunggu-laporan-siasatan-murid-orang-asli-dipukul-guru-kamalanathan-67198


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.