Khamis, 23 Julai 2015

Khamis, Julai 23, 2015
Kepala Retak, Budak Perempuan Maut Kena Dera | Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan mati dengan kesan retak di tengkorak kepala dan lebam pada beberapa bahagian badan lain dipercayai didera oleh ibu bapanya.

Kepala Retak, Budak Perempuan Maut Kena Dera

Mangsa, Evan Chee Xin Ci ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya yang berusia 26 tahun di rumah mereka di Taman Padi Indah, Pulau Sebang, Alor Gajah pada pukul 5.30 petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Razali Sabar berkata, ibu mangsa kemudian membawa bayi berkenaan ke Hospital Tampin tetapi mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Bedah siasat terhadap mayat mangsa mendapati, ada dua kesan retak pada bahagian belakang tempurung kepala bayi itu.

“Selain itu, terdapat kesan lebam baru di dahi, hidung serta kesan lebam lama pada beberapa bahagian badan mangsa,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ekoran itu, katanya, polis menahan ibu mangsa yang merupakan seorang suri rumah serta bapanya seorang pekerja sebuah pasar raya ketika mereka sedang menunggu di luar bilik mayat di Hospital Tampin, Negeri Sembilan kelmarin.

Jelasnya, ibu bapa mangsa ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis masih menyiasat latar belakang pasangan yang berusia 30-an.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.