Selasa, 7 Julai 2015

Selasa, Julai 07, 2015
Kes Dera: Ibu Bapa Bayi Di Tahan | Ibu bapa bayi Putri Wafa Mohd Saifudin berusia empat bulan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, 11 malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kecederaan dialami anak mereka yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Kes Dera: Ibu Bapa Bayi Di Tahan

Menurut sumber, hasil siasatan pihak polis mendapati terdapat kesan kecederaan lama pada mangsa yang mengalami pendarahan dalam otak dan mata.

Lelaki berusia 26 tahun dan isterinya, 25, ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan dan perintah reman akan dipohon esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya mengesahkan penahanan itu bagi membantu siasatan.

Bayi malang itu sebelum ini dimasukkan ke HSB selepas mengalami sawan ketika berada di pusat jagaan di Sungai Petani sehingga menyebabkan kecederaan pendarahan dalam otak dan mata disyaki didera.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/62485#sthash.UMI0M689.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.