Isnin, 13 Julai 2015

Isnin, Julai 13, 2015
Kesatuan KPDNKK Kecewa Pegawainya Di Tuduh Terima Rasuah | Kesatuan Pegawai-pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan pihak tertentu di laman sosial kononnya pegawai penguatkuasa kementerian itu menerima rasuah untuk melindungi kesalahan peniaga di Plaza Low Yat, Bukit Bintang di Kuala Lumpur.

Kesatuan KPDNKK Kecewa Pegawainya Di Tuduh Terima Rasuah

Presidennya, Rus Bakarurraini Shahfie, berkata tuduhan yang dilemparkan itu tidak adil bagi pegawai penguatkuasa kerana ia mencalarkan imej pegawai serta kementerian.

"Pegawai telah menjalankan tanggungjawab sebaik-baiknya dan adil. Tuduhan sedemikian bukan sahaja merosakkan nama pegawai penguatkuasa malah kementerian itu sendiri," katanya.

Sehubungan itu, kesatuan akan membuat laporan polis dalam tempoh seminggu sekiranya individu terbabit tidak mengemukakan bukti berhubung perkara itu.

"Daripada membuat tuduhan liar, mereka perlu memberikan bukti bahawa pegawai kami telah menerima rasuah itu," katanya.

Kesatuan KPDNKK Kecewa Pegawainya Di Tuduh Terima Rasuah

Beliau berkata, sekiranya pegawai melakukan penyelewengan pihaknya tidak teragak-agak untuk melaporkannya kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau bahagian integriti di KPDNKK.

"Kita tidak nafikan ada pegawai menyalahgunakan kuasa dan sebagainya dan ada pegawai yang telah diambil tindakan tetapi kita tidak akan bersekongkol dengan mereka (pegawai) yang bersalah ini," katanya. - BERNAMA

sumber
http://www.bharian.com.my/node/67784


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.