Selasa, 14 Julai 2015

Selasa, Julai 14, 2015
KPDNKK Serbu Pertama, Pelbagai Handphone Tiruan Di Rampas | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur merampas pelbagai telefon pintar dan aksesori tiruan jenama Samsung, IPhone, Lenovo , Oppo serta Nokia membabitkan nilai sebanyak RM500,000 dalam serbuan di Kompleks Pertama, petang tadi.

KPDNKK Serbu Pertama, Pelbagai Handphone Tiruan Di Rampas

Dalam serbuan kira-kira jam 3.30 petang itu, beberapa premis dan stor di kompleks beli belah berkenaan diserbu berikutan aduan awam serta risikan yang dilakukan bahagian penguatkuasaan agensi berkenaan.

Pengarah KPDNKK KL, Muez Abd Aziz berkata, semua produk berkenaan dipercayai tiruan dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenalpasti pembekal kepada peniaga di pusat berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap barangan atau penjara tidak lebih 3 tahun bagi perseorangan.

Katanya, bagi syarikat, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan tiruan yang dirampas.

"Selain daripada itu, KPDNKK turut menghasilkan empat kes dan mengenakan kompaun sebanyak RM2,000 mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011," katanya semalam.

#Okey...next kita harap Plaza Low Yat pulak...

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/64105#sthash.QXI1iutV.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.