Sabtu, 25 Julai 2015

Sabtu, Julai 25, 2015
Lelaki Dengan Berat 254 kg Berbasikal Jelajah AS | Seorang lelaki yang berat badannya 254 kilogram, berbasikal menjelajah seluruh Amerika Syarikat bagi mengurangkan berat badannya.

Lelaki Gemuk Seberat 254 kg Berbasikal Jelajah AS

The Daily News melaporkan, rim basikalnya yang bengkok menyebabkan Eric Hite terkandas di Tiverton sejak minggu lalu, kira-kira 140 kilometer dari tempat dia memulakan penjelajahan di Falmouth, Massachusetts.

Syarikat Newport Bicycle sedang menyediakan basikal yang sesuai dapat menampung berat badannya.

Menurut Hite, 40, selepas dua minggu berbasikal, berat badannya turun 27 kilogram.
6
Lelaki itu kini memakai seluar bersaiz 70 manakala kemeja T bersaiz 10X dan berharap dapat mengurangkan 45 kilogram serta mengumpul bahan untuk bukunya melalui jelajah itu.

Buku pertamanya sebelum ini, bercorak masakan yang kelakar mengandungi 50 resipi yang dihasilkannya ketika di kolej. - AP

Gambar yang dirakam pada 27 Julai lalu, menunjukkan Hites berehat di tepi khemahnya di Tiverton, menunggu basikal baru. - Foto The Daily News/AP

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/65756#sthash.0ZObMdIa.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.