Jumaat, 31 Julai 2015

Jumaat, Julai 31, 2015
Lelaki Di Dakwa Bunuh Jurutol | Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di atas pertuduhan membunuh jurutol wanita di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), Maranpada hari kedua Aidilfitri lalu.


Tertuduh, Norhalis Mohamad Zaid, 29, berasal dari Bandar Almuktafi Billah Shah, Terengganu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorinda.

Mengikut pertuduhan, Norhalis didakwa membunuh Noor Salwana Wahab, 28, di Kilometer 163 LPT dekat sini kira-kira pukul 9.20 pagi, 18 Julai lalu.

Dia yang bekerja sendiri didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilla Md. Ali manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Bob S. Arumugam.

Kes disebut semula pada 7 September depan.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.