Jumaat, 3 Julai 2015

Jumaat, Julai 03, 2015
Lelaki Terkepas Hukuman Mati, Belasah Sampai Mati Pemuda Kacau Isterinya | Seorang bapa kepada tiga orang anak mengalirkan air mata setelah Mahkamah Tinggi di sini melepaskannya daripada hukuman gantung sampai mati apabila dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang pemuda yang didakwa mengganggu isterinya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada tahun lalu.

Lelaki Terkepas Hukuman Mati, Belasah Sampai Mati Pemuda Kacau Isterinya

Hakim Datuk Abdul Halim Aman sebaliknya menjatuhi hukuman penjara 10 tahun ke atas tertuduh, Mohd. Fadliey Ibrahim, 39, kerana melakukan jenayah itu terhadap Ahmadi Zuhori Yahya, 28, kira-kira pukul 9.20 malam, 7 April tahun lalu di Restoran Sri Murni, Jalan Impian, Taman Impian Ehsan, Kajang, Selangor.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Mahkamah memerintahkan hukuman tersebut berkuat kuasa dari tarikh lelaki itu ditangkap pada Februari 2014.

Dalam penghakiman, Abdul Halim berkata, Mohd. Fadliey yang bekerja sendiri didakwa mengikut pertuduhan pilihan Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian yang tidak tergolong kepada kesalahan membunuh.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0703&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.