Khamis, 30 Julai 2015

Khamis, Julai 30, 2015
Lengan Budak Setahun Hancur Tersepit Eskalator  | Lengan kiri kanak-kanak berusia setahun tersepit pada tangga eskalator di sebuah pusat membeli-belah di wilayah Guangxi, China.

Lengan Budak Setahun Hancur Tersepit Eskalator

Kejadian itu berlaku sehari selepas insiden seorang wanita maut 'ditelan' eskalator di sebuah pusat membeli-belah di Hubei.

Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan lengan kanak-kanak itu setengah jam kemudian.

Namun, People Daily melaporkan lengan kanak-kanak itu hancur.

Beberapa laporan mendakwa kanak-kanak itu berlari ke arah eskalator tersebut apabila ibu bapanya sedang duduk berehat.

Dia dikatakan tersandung semasa mendekati eskalator itu.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2015/07/29/lengan-tersepit/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.