Sabtu, 25 Julai 2015

Sabtu, Julai 25, 2015
Seri 1-1, Liverpool Puji Aksi Pilihan Malaysia | Brendan Rodgers, pengendali pasukan Liverpool berkata, pasukannya mengutip pengalaman bermakna di Kuala Lumpur kerana bukan saja mene­rima layanan hebat daripada penyokong, malah diberi aksi berkualiti daripada Pilihan Malaysia ketika hanya mampu seri 1-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Liverpool Puji Aksi Pilihan Malaysia
foto by www.glennguan.com
Rodgers memuji kesungguhan pemain tuan rumah yang sentiasa bekerja keras untuk memberi kesukaran kepada anak-anak buahnya, malah terlebih dulu membolosi gawang mereka menerusi Patrick Ronaldinho, PKNS FC.

“Kesungguhan pemain Pilihan Malaysia seharusnya diberi pujian kerana mereka sentiasa bekerja keras dan jelas memberi kesukaran kepada benteng pertahanan kami serta menyukarkan serangan untuk mencari gol.

“Bagi kami, ini adalah perlawanan persahabatan yang berkualiti dalam persiapan sebelum memulakan musim baharu,” kata Rod­gers selepas perlawanan.

Rodgers juga tidak henti-henti menghambur pujian serta me­ngucapkan terima kasih kepada ribuan penyokong setia Reds yang memberi sokongan kepada pasukannya sepanjang perlawanan.

“Saya ucap terima kasih kepada para penyokong di sini ke­rana memberikan sokongan yang hebat kepada kami dan kami akan sentiasa memberikan aksi terbaik untuk anda semua,” katanya.

Rodgers turut memuji persembahan pemain mudanya, Jordon Ibe yang menyelamatkan maruah gergasi Liga Perdana Inggeris itu apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi larian solo yang hebat.

Biarpun menurunkan ramai pemain bintang seperti James Milner dan kapten, Jordan Henderson tetapi Reds tampak bergelut untuk menembusi gawang anak-anak buah Dollah Salleh.

Bagaimanapun, Ibe, yang dilihat bakal mengisi kekosongan Raheem Sterling menunjukkan prestasi baik apabila mencipta gerakan dari bahagian kanan sebelum menewaskan penjaga gol Malaysia.

“Dia sangat menakjubkan se­panjang jelajah pramusim pasukan dan saya percaya dia akan menjadi calon utama untuk mengisi kesebelasan utama kami dalam musim baharu.

“Dia menjaringkan gol yang cantik dalam beberapa perlawanan, terutama dalam aksi di Kuala Lumpur hari ini,” kata Rodgers lagi.

Skuad kendalian Brendan Rod­gers yang sebelum ini menumpaskan Thailand All Star 4-0 (14 Julai) dan dua kelab Australia, Brisbane Roar 2-1 (17 Julai) serta Adelaide United 2-0 (20 Julai)

sumber
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/terima-kasih-malaysia-untuk-aksi-yang-berkualiti-8211-rodgers-1.116685#sthash.IzavI0rk.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.