Selasa, 7 Julai 2015

Selasa, Julai 07, 2015
MalaysiaKini Mula Serang Pemimpin PAS, Harakahdaily Bertindak | Rakyat Malaysia mana yang tidak tahu MalaysiaKini adalah salah satu lidah pembangkang yang paling hebat dalam memutar-belit kenyataan pemimpin kerajaan.

MalaysiaKini Mula Serang Pemimpin PAS, Harakahdaily Bertindak

Berita yang sengaja disensasikan secara keterlaluan menjadi asas menarik pembaca oleh portal itu.

Jika selama ini yang menjadi mangsa adalah pemimpin kerajaan, nampaknya Malaysiakini semakin melangkah jauh dengan mengenakan pemimpin politik bukan kerajaan pula.

Namun, sebelum diteruskan harus diingat, kalau bukan kerajaan yang jadi mangsa sudah tentu pemimpin Islam dan Melayu pada PAS, kenyataan para pemimpin DAP tidak pernah disensasikan, malah diperkukuhkan dengan berita-berita follow up atau susulan.

Mangsa terbaru adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila kenyataan beliau bahawa pendirian PAS adalah berlandaskan Islam di mana perlu ada 4 saksi jika mahu menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melarikan wang 1MDB ke dalam akaun peribadi beliau dizahirkan dengan tajuk yang mengelirukan.

Malaysiakini memberikan tajuk “Like Anwar, there must be four witnesses for Najib” yang lari daripada mesej Abdul Hadi yakni pendirian PAS adalah pendirian Islam dan perlu ada saksi yang berwibawa sebelum melontarkan tuduhan.

Tajuk portal berkenaan seolah-olah merendahkan tahap pemikiran Abdul Hadi.

Berikutan itu, lidah rasmi dalam talian PAS, HarakahDaily mengeluarkan satu berita balas memetik kenyataan Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan tajuk “Apa Lagi Yang Malaysiakini Mahu Agendakan?”.

Ternyata pihak PAS pun selama ni sedar sikap membawa agenda peribadi yang dibuat oleh Malaysiakini.

Berikut kenyataan yang disiarkan;

Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya tajuk jahat sensasi dicipta Malaysiakini; Like Anwar, there must be four witnesses for Najib.

Apa yang disebut oleh Presiden PAS ialah “Pendirian kita pendirian Islam. kalau tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuntutan ke atas Najib, kena ada saksi… Saksi yang adil”.

Tajuk sedemikian yang berbeza maksudnya dengan isi sebenar Presiden PAS itu dengan jelas menunjukan sama ada Malaysiakini tidak faham, atau mempunyai agenda mereka yang tersembunyi.

Perbuatan sedemikian adalah amat dikesali dan meruntuhkan kemurnian pemberitaan yang telus dan benar.

Sekian

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar 
Setiausaha Politik Presiden PAS
7 Julai 2015

sumber
http://mynewshub.cc/2015/07/07/harakahdaily-belasah-agenda-jahat-malaysiakini/#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.