Khamis, 23 Julai 2015

Khamis, Julai 23, 2015
Malindo Air Tawar Tiket Serendah RM59 Sempena Merdeka : Malindo Air menawarkan jualan pra-merdeka istimewa bagi laluan domestik dan serantau dengan tambang sehala terangkum sehingga serendah RM59.

Malindo Air Tawar Tiket Serendah RM59 Sempena Merdeka

Syarikat penerbangan hibrid itu dalam satu kenyataan di sini, Khamis berkata, tempahan bermula hari ini sehingga 2 Ogos, bagi tempoh perjalanan daripada sekarang sehingga 15 Mei tahun depan.

Penerbangan dari KLIA2 ke Kuching dan Kota Kinabalu bermula dengan tambang sehala serendah RM99.

Bagi destinasi antarabangsa, Malindo Air berkata tambang terangkum bermula daripada tambang sehala serendah RM79 ke Singapura, tambang sehala RM99 ke Bangkok, Bandung dan Jakarta, dan tambang sehala RM199 ke bandar-bandar di India iaitu Trichy, Kochi, Vishakapatnam dan Trivandrum.-- Bernama

sumber
http://www.mstar.com.my/niaga/2015/07/23/malindo-air-pra-merdeka/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.