Ahad, 5 Julai 2015

Ahad, Julai 05, 2015
Maut Di Tetak Di Kepala & Tangan | Lelaki berusia 45 tahun ditemui mati dengan kesan tujuh tetakan di bahagian kepala dan kedua-dua belah tangan di lorong di Laluan Klebang Restu.

Maut Di Tetak Di Kepala & Tangan

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari tadi, mangsa yang dikenali sebagai Gobinathan dipercayai ke kawasan itu untuk membeli barangan di kedai sebelum dikejar suspek bersenjatakan parang hingga ke lorong berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspek yang dipercayai mengejar mangsa hingga ke lorong berkenaan kemudiannya bertindak menetak mangsa di bahagian kepala dan kedua-dua belah tangan.

"Mangsa yang dalam kesakitan masih cuba melarikan diri kira-kira 80 meter sebelum rebah di tepi longkang di lorong berkenaan manakala suspek kemudiannya melarikan diri bersama seorang lagi rakannya menaiki motosikal.

"Polis masih menyiasat motif kejadian dan kes ini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/62242#sthash.GgPVa8mA.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.