Jumaat, 24 Julai 2015

Jumaat, Julai 24, 2015
Mayat Wanita Tanpa Pakaian Dalam Kereta Kancil SAH Mati Di Bunuh | Polis mengesahkan mayat wanita yang ditemukan dalam kereta jenis Perodua Viva selepas didakwa terbabit dalam kemalangan di Kilometer 163 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Maran, Sabtu lalu ialah mangsa bunuh.

Mayat Wanita Tanpa Pakaian Dalam Kereta Kancil SAH Mati Di Bunuh

Ketua Polis Daerah Maran, De­puti Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, pemandu kereta itu, seorang lelaki berusia 29 tahun kini direman sehingga 28 Julai ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Berdasarkan laporan awal, suspek yang memandu kereta itu mendakwa mangsa yang berasal dari Felda Chini 4, Pekan dekat sini maut selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari ibu negara ke Kuantan.

“Bagaimanapun, pemeriksaan yang dijalankan pihak forensik polis dengan bantuan pakar patologi dari Hospital Jengka mendapati mayat mangsa tidak mempunyai kesan cedera dan hanya terdapat kesan lebam pada bahagian tangan serta dipercayai lemas akibat dijerut pada bahagian leher,” katanya.

Menurut Mat Rizal, polis telah menahan suspek selepas soal siasat mendapati dia mengaku membawa mangsa dari ibu negara dan mendakwa melakukan hubungan kelamin sebelum kemalangan.

Mayat Wanita Tanpa Pakaian Dalam Kereta Kancil SAH Mati Di Bunuh

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai motif kejadian.

“Siasatan awal menemui dua buah beg pakaian dalam kende­raan dipandu suspek dipercayai milik suspek dan mangsa.

“Suspek turut mendakwa sudah mengenali mangsa sejak tiga tahun lalu, namun berdasarkan maklumat diterima daripada keluarga mangsa, mereka tidak me­ngenali suspek dan memaklumkan mangsa sudah bertunang dengan seorang lelaki berasal dari Perak,” katanya.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-sahkan-wanita-maut-kemalangan-mangsa-bunuh-1.116306#sthash.gLW5IeVp.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.