Khamis, 9 Julai 2015

Khamis, Julai 09, 2015
Mengalir Air Mata Datuk Kenangkan Cucu Di Kerat 8 | Hanya linangan air mata dapat dilihat pada wajah datuk kepada seorang wanita yang menyembunyikan kelahiran dengan mengerat bayi sebelum membuangnya ke lubang tandas.

Mengalir Air Mata Datuk Kenangkan Cucu Di Kerat 8

Lelaki berusia lingkungan 80-an bagaimanapun tidak banyak bercakap apabila ditanya wartawan mengenai kejadian itu.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku,” demikian luahannya sambil kelihatan menitiskan air mata.

Walaupun keadaan kesihatannya kurang baik, beliau tetap mengesot perlahan-lahan dari dalam rumah untuk bertemu wartawan yang menunggu di luar.

Difahamkan, wanita berusia 30-an itu pernah bekerja di sebuah kedai pakaian dekat Pekan Jitra.

Sementara itu, tinjauan wartawan Sinar Harian di kediaman wanita terbabit dekat Kampung Tanjung, Mukim Binjal yang terletak kira-kira tiga kilometer (km) dari rumah datuknya pula tidak berpenghuni.

Berdasarkan maklumat jiran terdekat, wanita itu hanya tinggal berdua bersama ibunya di rumah tersebut setelah kematian bapanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/datuk-sedih-kenangkan-cucu-dikerat-1.408867


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.