Ahad, 5 Julai 2015

Ahad, Julai 05, 2015
Muka Saya Di Tumbuk Bertubi-Tubi - Rozana Misbun | Isteri penyanyi rock Awie, Rozana Misbun mengaku ada menggunakan wang simpanan milik suaminya itu untuk membeli barangan mewah, termasuk beg dan kasut ketika penyanyi itu memintanya mengeluarkan wang RM250,000 daripada akaun banknya.

Muka Saya Di Tumbuk Bertubi-Tubi - Rozana Misbun

Pengakuan berkenaan dibuat wanita berusia 37 tahun itu pada 2 Jun tahun lalu iaitu pada hari kejadian Awie didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadapnya di rumah sewa mereka di Taman Ukay Bestari, di sini, tahun lalu.

Rozana berkata, ketika kejadian di bilik pembantu rumah itu, Awie memintanya mengeluarkan wang berkenaan daripada Alliance Bank miliknya untuk digunakan bagi perniagaan barunya, namun dia menjawab tiada jumlah wang sebanyak itu seperti diminta.

“Awie kemudian terus menumbuk saya bertubi-tubi tanpa mendengar apa-apa penjelasan,” katanya.

Rozana juga bersetuju untuk menjual semua barang yang dibeli bagi membayar balik wang berkenaan dalam tempoh dua minggu selepas kejadian dia didakwa dipukul Awie.

Katanya, sebelum ini, Awie memasukkan wang ke dalam akaun di atas namanya sejak beberapa tahun lalu disebabkan penyanyi itu diisytiharkan muflis dan ia wang hasil membuat persembahan.

“Wang simpanan itu untuk kegunaan Awie dan perbelanjaan keluarga kami,” katanya.

Saksi keempat pendakwaan itu berkata demikian di sebalik tabir ketika menjawab soal balas peguam Hazman Harun dalam perbicaraan kes berkenaan.

Pada 4 Julai tahun lalu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana di Jalan 9 USB 5, Taman Ukay Bestari, jam 1.30 petang, 2 Jun tahun lalu.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Rozana berkata, dia bagaimanapun, tidak mengetahui jumlah wang simpanan di dalam akaunnya itu dan hanya mengeluarkannya apabila Awie memintanya berbuat demikian.

Rozana memaklumkan mahkamah dia tahu ada RM30, 000 di dalam akaunnya dan kemudian hanya jumlah itu saja yang dikeluarkannya bersama Awie dan pemandu Mohd Khayrull Anuar Ahmad pada hari kejadian di Alliance Bank, Ampang.

Dalam prosiding itu juga, Rozana bersetuju dengan cadangan Hazman berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV) di bank itu, keadaaan dirinya seperti biasa tidak terbongkok-bongkok dan masih boleh berdiri tegak.

Bagaimanapun, wanita itu menafikan dia pergi ke Cyberjaya dan Putrajaya bersama anak perempuannya, Puteri Aleefa Antasha dengan menaiki teksi bagi urusan penjualan beg berjenama mewah miliknya, dua hari selepas kejadian dia didakwa dicederakan Awie.

Rozana juga tidak bersetuju dia bersama Puteri Aleefa kemudian ke Bangsar Shopping Centre (BSC) untuk makan tengah hari bersama Ain Harun serta seorang lagi wanita.

Menjawab soalan Hazman mengenai beg dan kasut berjenama miliknya, Rozana tidak bersetuju dia mempunyai enam beg tangan mewah iaitu empat Chanel dan dua Louis Vuitton (LV), namun mengakui dia pernah memiliki barangan berkenaan.

Selain itu, Rozana juga menafikan dia ada mencucuk botoks di wajahnya, namun mengakui cuma mencucuk vitamin C.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/62065#sthash.2I38FTYL.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.