Ahad, 26 Julai 2015

Ahad, Julai 26, 2015
Terkejut, Nenek Umur 100 Tahun Mengandung | Seorang wanita terkejut apabila menerima surat daripada sebuah hospital, memaklumkan dia telah mengandung.

Terkejut, Nenek Umur 100 Tahun Mengandung

Bagaimanapun, Doris Ayling yakin hospital berkenaan melakukan kesilapan memandangkan dia kini sudahpun berusia hampir 100 tahun.

Doris berkata, dia terkejut membaca surat berkenaan yang isi kandungannya antara lain meminta dia membawa sampel air kencing untuk menjalani pemeriksaan lanjut mengenai kehamilannya.

Lebih mengejutkan, tarikh lahir yang tercatat dalam surat berkenaan tepat dengan tarikh lahirnya.

Tiga anaknya, semuanya sudah bersara juga terperanjat apabila ditunjukkan surat berkenaan.

Seperti Doris, mereka juga tidak yakin akan memperoleh adik baru.

Apabila dimaklumkan mengenai surat berkenaan, pihak pengurusan Hospital Portsmouth memohon maaf kepada Doris dan keluarganya dan berkata, ia berpunca daripada ‘kesilapan pengurusan.’

Doris yang menetap di Bognor Regis memberitahu wartawan: “Saya yakin 100 peratus saya tidak hamil.

Saya mempunyai tiga anak dan 20 cucu dan sudah tidak hamil sejak 70 tahun lalu.’

Anaknya Brian berkata: “Kesilapan itu amat melucukan.” - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/66243#sthash.RYWCufJp.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.