Jumaat, 3 Julai 2015

Jumaat, Julai 03, 2015
Orang Terkaya Arab Saudi Derma Duitnya AS32 Billion Untuk Kerja Amal | Putera Alwaleed bin Talal yang disifatkan sebagai orang terkaya di Arab Saudi membuat keputusan untuk menderma kesemua hartanya yang berjumlah AS$32 bilion kepada kerja-kerja amal.

Orang Terkaya Arab Saudi Derma Duitnya AS32 Billion Untuk Kerja Amal

Putera Alwaleed, 60, juga disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai manusia yang ke-34 terkaya di dunia.

Putera itu berkata, dia memperolehi inspirasi daripada manusia terkaya di dunia Bill Gates yang membentuk sebuah yayasan pada 1997 untuk tujuan melakukan kerja-kerja amal.

"Saya berhasrat menggunakan wang simpanan saya untuk mengukuhkan pemahaman mengenai budaya, meningkatkan taraf wanita dan menghulurkan bantuan kepada bencana alam atau malapetaka," katanya sepertimana yang dipetik oleh BBC.

Bill Gates dalam respon segeranya mengalu-alukan langkah yang akan diambil oleh Putera Alwaleed itu.

Sebagai permulaan, Alwaleed telah pun menghulurkan AS$3.5 bilion kepada tabung khas yang dibentuknya untuk kerja-kerja amal ini.

Beliau kini mempengerusikan Kingdom Holding iaitu sebuah firma pelaburan yang mempunyai kepentingan di dalam rangkaian hotel seperti Four Seasons, Fairmont dan Raffles.

Putera itu turut mempunyai kepentingan dalam organisasi media seperti News Corp, perbankan seperti Citigroup, malah di dalam Twitter dan juga Apple.

Dan sebagai orang Islam, kata Alwaleed, beliau wajib menderma.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2015/07/02/orang-terkaya-arab-saudi-tak-mahu-duit/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.