Jumaat, 3 Julai 2015

Jumaat, Julai 03, 2015
Pekerja Maut Angkara Robot | Seorang pekerja kilang terbunuh selepas robot yang sedang dipasang mengepit dadanya ke atas sekeping plat besi, semalam.

Pekerja Maut Angkara Robot

Menurut laporan Financial Times, pekerja berusia 21 tahun tersebut bersama dengan seorang lagi rakan sekerja semasa kejadian berlaku di kilang pemasangan kenderaan Volkswagen.

Jurucakap Volkswagen, Heiko Hillwig memberitahu bahawa kejadian tersebut disebabkan oleh kesilapan teknikal.

Robot tersebut mampu diprogram untuk melakukan pelbagai kerja, termasuk memegang bahagian-bahagian kenderaan dan memanipulasinya.

Bagaimanapun, robot selalunya dikawal jauh dari manusia dan operator akan diletakkan di dalam ruangan selamat.

Pegawai pendakwaraya sudah membuka kertas siasatan.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/pekerja-kilang-maut-ditumbuk-robot-1.407131


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.