Isnin, 6 Julai 2015

Isnin, Julai 06, 2015
Pemain Bolasepak Sabah, Rozaimi Kemalangan Teruk : Penyerang pasukan Sabah FA, Rozaimi Abdul Rahman parah selepas terbabit dalam nahas kemalangan di Batu 3.5, Jalan Tuaran, kira-kira jam 1.40 petang tadi.

Pemain Bolasepak Sabah, Rozaimi Kemalangan Teruk

Mengikut beberapa sumber, Rozaimi dikejarkan ke ICU berikutan kecederaan parah akibat kereta Honda Civic yang dinaikinya telah merempuh sebatang pokok di Kota Kinabalu akibat tayar pecah.

Pemain Bolasepak Sabah, Rozaimi Kemalangan Teruk

Terdapat beberapa keping gambar kereta yang remuk dan kasut but milik Rozaimi kini telah tersebar luas di laman sosial.

Pemain Bolasepak Sabah, Rozaimi Kemalangan Teruk

Penyerang pasukan Sabah ini dikhabarkan menaiki kenderaan tersebut yang dipandu oleh seorang rakannya.

Kedua-dua mereka dilaporkan mengalami cedera parah dan kini ditempatkan di wad ICU.



Bagaimanapun, perkembangan terkini beliau masih tidak tidak diketahui.

Semoga beliau dan rakannya berada dalam keadaan selamat.

sumber
stadium astro


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.