Khamis, 23 Julai 2015

Khamis, Julai 23, 2015
Peniaga Petaling Street KEBAL | Peniaga barangan tiruan di Jalan Petaling di laporkan kebal daripada serbuan pihak berkuasa dengan hanya membayar duit perlin­dungan serendah RM500 sebulan kepada tonto atau pengintip bagi mengelakkan mereka dicekup pihak berkuasa.

Peniaga Petaling Street KEBAL

Tinjauan pihak media di sepanjang kawasan berkenaan mendapati masih terdapat banyak premis yang menjual barang tiruan walaupun telah diserbu pihak berkuasa sebelum ini.

Peniaga-peniaga di situ juga seolah-olah tidak takut apabila mempamerkan barangan tiruan secara terbuka seperti beg ta­ngan berjenama, jam tangan, cermin mata dan gajet elektronik.

Menurut seorang peniaga warganegara Bangladesh yang mahu namanya dirahsiakan, duit perlindungan yang diberikan kepada majikannya itu memboleh­kan mereka menghidu serbuan pihak berkuasa pada masa akan datang.

Dia mendakwa, premis yang didalangi sindiket itu akan menyerahkan bayaran kepada tonto supaya mendapat maklumat awal mengenai serbuan yang akan dijalankan pihak berkuasa.

“Majikan kami sudah memastikan tiada serbuan yang dijalankan di kedai ini dan sekiranya ada, kami akan menutup kedai pada hari serbuan tersebut,” ujarnya yang sudah dua tahun bekerja di situ.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.