Selasa, 7 Julai 2015

Selasa, Julai 07, 2015
Permohonan SIS Batal Pengisytiharan MAIS November Depan | Mahkamah Tinggi akan mendengar pada 12 November, permohonan Sisters in Islam (SIS) dan dua yang lain bagi semakan penghakiman untuk membatalkan keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengisytiharkan pertubuhan itu menyeleweng daripada ajaran Islam.

Permohonan SIS Batal Pengisytiharan MAIS November Depan

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Norhasniah Abdul Razak menetapkan tarikh itu di dalam kamar semasa kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.

Peguam Majdah Muda, yang mewakili MAIS, memberitahu media bahawa Hakim Datuk Asmabi Mohamad akan mendengar kes itu.

Permohonan SIS Batal Pengisytiharan MAIS November Depan
Zainah Anwar bersama Amina Wadud
Pada 10 Disember tahun lalu, SIS dan pengasasnya, Zainah Mahfoozah Anwar serta Datuk Mohd Zaid Ibrahim telah mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk permohonan semakan penghakiman.

Permohonan SIS Batal Pengisytiharan MAIS November Depan

Ketika membenarkan permohonan itu, Asmabi memutuskan bahawa permohonan ketiga-tiga pihak itu tidak remeh. - Bernama


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/62740#sthash.ASvPLDv9.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.