Rabu, 15 Julai 2015

Rabu, Julai 15, 2015
Pesalah Media Sosial Bakal Di Hukum | Badan-badan bukan kerajaan dan pakar akademik mencadangkan agar kerajaan mencari satu kaedah khas bagi membendung pembohongan maklumat yang berlegar-legar di media sosial sehingga mencetuskan rusuhan.

Pesalah Media Sosial Bakal Di Hukum

Antara langkah dicadangkan ialah mewujudkan satu penjara khas bagi menghukum pesalah siber yang tergamak berkongsi maklumat palsu sehingga menimbulkan huru-hara.

Bagi Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohammad Rizan Hassan, kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat jelas berpunca daripada perkongsian maklumat palsu di media sosial sehingga mengundang kemarahan banyak pihak.

“Maklumat palsu yang dikongsi secara bebas di media sosial sejak Sabtu lalu mengundang masalah perkauman apabila orang ramai tanpa usul periksa berkumpul di Plaza Low Yat hanya kerana kecurian telefon bimbit.

“Media sosial memang penting tetapi jika penggunaan menjurus kepada berkongsi maklumat yang berunsur fitnah dan menghasut ia boleh meruntuhkan negara,” katanya.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0714&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.