Rabu, 29 Julai 2015

Rabu, Julai 29, 2015
Petanda Buruk Bila Muhyiddin & Gani Di Gugurkan: Azmin | Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari barisan Kabinet baharu selepas beberapa hari beliau ‘menegur’ kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan Perdana Menteri itu perlu menjawab kepada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Petanda Buruk Bila Muhyiddin & Gani Di Gugurkan: Azmin

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sambil menyifatkan pengguguran dalam rombakan kabinet Najib itu hanya menjerumuskan Malaysia ke dalam gaung krisis susulan kontroversi syarikat pelaburan negara itu.

Beliau berkata, penamatan Tan Sri Abdul Gani Patail daripada jawatan Peguam Negara sebagai salah seorang anggota panel siasatan skandal 1MDB juga memberi gambaran buruk terhadap Najib.

“Ia memberikan gambaran (bahawa) Perdana Menteri bertindak untuk mempertahankan kedudukan dan regimnya dari disiasat oleh panel bebas atas pelbagai salah guna kuasa dan rasuah yang melibatkan berbilion ringgit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas rombakan kabinet hari ini yang menyaksikan pengguguran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ia digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, Muhyiddin semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad mempersoalkan kepimpinan Najib yang masih gagal memberi penjelasan terhadap skandal 1MDB.

Beliau juga menyarankan supaya laporan awal 1MDB yang disediakan Ketua Audit Negara supaya dijadikan sebagai dokumen awam.

Sehubungan itu, Azmin selaku Timbalan Presiden PKR juga menyeru semua ahli Parlimen tanpa mengira parti politik supaya bersatu padu untuk menyelamatkan Malaysia daripada gaung krisis itu.

“Negara memerlukan reformasi menyeluruh untuk memulihkan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa demi menyelamatkan ekonomi negara dan menjamin kesejahteraan rakyat.

“Rakyat tidak memberikan dukungan kepada mana-mana ahli parlimen untuk duduk diam dan membiarkan negara menjunam ke dalam gaung krisis yang semakin parah,” katanya lagi.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/politik/penyingkiran-muhyiddin-gani-beri-gambaran-buruk-1.413893


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.