Isnin, 13 Julai 2015

Isnin, Julai 13, 2015
Plaza Low Yat Suram, 80 Peratus Tutup Kedai  | Suasana di Plaza Low Yat lengang apabila lebih 80 peratus premis menutup operasi susulan tercetusnya pergaduhan malam tadi.

Plaza Low Yat Suram, 80 Peratus Tutup Kedai

Kebanyakan premis yang kebiasaannya dikunjungi ribuan pelanggan untuk mendapatkan peralatan elektronik dan gajet suram berikutan keputusan peniaga yang sepakat untuk tidak membuka kedai kerana bimbang insiden berkenaan berulang.

Pemilik kedai menjual kamera yang dikenali sebagai Emily, 30-an berkata langkah itu diambil kerana bimbang dengan ancaman keselamatan walaupun keadaan hingga kini dilihat masih terkawal.

Plaza Low Yat Suram, 80 Peratus Tutup Kedai

"Insiden semalam memang banyak beri kesan terhadap perniagaan kami di sini. Sudahlah keadaan ekonomi tidak menentu, sekarang terpaksa pula tanggung kerugian berikutan kejadian terbabit.

"Bukan saja peniaga, pelanggan pun sudah takut untuk memasuki premis ini kerana bimbang ada lagi pergaduhan," katanya.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/67729


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.