Rabu, 8 Julai 2015

Rabu, Julai 08, 2015
Pokok Kurma Misteri Gagal Di Tebang Kerana Di Jaga JIN | Seorang hartawan dan pelabur Arab Saudi sanggup menawarkan ganjaran sebanyak 1 juta riyal (RM898,000) kepada sesiapa yang dapat menebang sepohon kurma di luar pusat beli-belah yang dalam pembinaan, lapor akhbar Al Youm.

Pokok Kurma Misteri Gagal Di Tebang Kerana Di Jaga JIN

Tawaran itu bukan saja lumayan, tetapi juga menarik kerana ada kisah unik di sebalik misteri pokok kurma itu sendiri yang terus berdiri di tengah-tengah kawasan letak kereta pasar raya berkenaan.

Biarpun sepohon, pokok kurma itu bukan seperti pokok kurma lain kerana didakwa 'berpenghuni' atau menjadi rumah sekeluarga jin, sebagaimana didakwa beberapa guru agama yang dipanggil bagi membantu meleraikan halangan menumbangkan pohon itu.

Serius, Jin Pertama Guna Twitter Di Arab Saudi

Berikutan itu, semua usaha menebangnya, daripada cara tradisional menggunakan kapak, jentolak sehinggalah ke mesin gergaji, terbukti gagal menumbangkan pohon kurma itu.

Jentolak yang digunakan pula daripada yang kecil sehinggalah besar, tetapi masih gagal menyebabkan pengurus projek serta hartawan berkenaan, pening kepala.

Malah, jin berkenaan didakwa mengamuk dan mengganggu pengawal keselamatan yang bertugas di tingkat lain bangunan itu selain menjejaskan operasi pembinaan pusat beli-belah berkenaan.

Terdahulu, Jin itu turut dikaitkan sebagai punca kematian seorang pekerja yang terjatuh daripada bangunan itu ketika bertugas.

Apa yang pasti, pohon kurma itu masih gagah berdiri dan tawaran ganjaran lumayan itu masih terbuka sehingga sekarang.

sumber
Berita Harian


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.