Khamis, 9 Julai 2015

Khamis, Julai 09, 2015
Rumah Terbakar, Budak Tumpang Lampu MC Donald Untuk Belajar | Tindakan seorang kanak-kanak lelaki menumpang lampu di sebuah restoran makanan segera McDonald untuk belajar pada waktu malam menjadi viral di seluruh dunia.

Rumah Terbakar, Budak Tumpang Lampu MC Donald Untuk Belajar

Dalam gambar yang menjadi viral itu, kanak-kanak berusia 9 tahun tersebut kelihatan belajar di sebuah meja kecil dengan beberapa buku pada waktu malam.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan terpaksa menumpang cahaya restoran makanan segera selepas rumahnya musnah dalam kebakaran.

Gambar itu telah dirakam di restoran McDonald di Manila, Filipina oleh Joyce Torrefranca.

Difahamkan, kana-kanak itu, Daniel Cabrera tidak sedar ketika gambarnya dirakam.

Joyce berkata," pada saya yang juga seorang pelajar, dia telah membuatkan saya begitu tersentuh.

"Walaupun serba kekurangan tetapi kanak-kanak ini begitu rajin belajar."

Daniel yang kemudiannya diburu  media negara berkenaan mendedahkan, dia akan berusaha belajar untuk mengubah nasib keluarganya.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2015/07/09/budak-mcd/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.