Sabtu, 11 Julai 2015

Sabtu, Julai 11, 2015
Segugus Anggur Di Lelong RM31,400 | Segugus anggur dilelong pada harga sejuta yen (RM31,400) atau RM1,194 sebiji baru-baru ini di Jepun.

Segugus Anggur Di Lelong RM31,400

Harga 26 biji anggur baka Ruby Roman itu paling tinggi dijual di acara lelongan pertama tahun ini di Kanazawa, 300 kilometer ke barat laut Tokyo, mengatasi rekod 550,000 yen (RM17,000) yang dicatatkan tahun lalu.

Berat setiap anggur yang sebesar bola ping pong itu 20 gram, menurut lembaga pertanian tempatan.

Pembida yang membeli anggur itu ialah ketua chef Hotel Nikko di Kanazawa Masayuki Hira.

Ini bukan kali pertama buah dijual dengan harga ribuan ringgit.

Awal tahun ini, sepasang tembikai Yubari dari Hokkaido, utara Jepun, yang dianggap simbol status, dibeli dengan harga 1.5 juta yen (RM45,560).

Sebelum itu, sebuah pusat beli-belah membeli dua mangga yang ditanam di selatan Jepun dan dianggap suci dengan harga 300,000 yen (RM9,300). - Agensi

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/63685#sthash.XoFBG9gG.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.