Khamis, 9 Julai 2015

Khamis, Julai 09, 2015
Sejadah Bercahaya Bila Tepat Pada Kiblat | SEBAGAI seorang muslim, semua maklum Kaabah, Makkah merupakan titik rujukan bumi yang menjadi arah kiblat bagi umat Islam.

Sejadah Bercahaya Bila Tepat Pada Kiblat

Oleh itu, mengetahui arah kiblat adalah kemestian bagi umat Islam dalam mendirikan solat kepada Allah SWT.

Namun, sejauh mana anda yakin posisi arah kiblat yang anda amalkan selama ini adalah tepat ke arah Kaabah? Dan bagaimana pula jika ada yang tidak tahu arah Makkah di mana?

Usah gusar lagi, kerana seorang designer Turki yang berpangkalan di UK, Soner Ozenc berjaya mencipta teknologi yang mudah dan praktikal iaitu sejadah yang mengeluarkan cahaya apabila berada pada arah kiblat yang tepat.

Sejadah Bercahaya Bila Tepat Pada Kiblat

Sejadah unik yang diberi nama El Sajjadah itu dikatakan diperbuat menggunakan bahan neoprene yang mampu bercahaya mengikut corak yang direka iaitu imej Masjid Biru di Istanbul.

Menurut Ozenc, sejadah itu mempunyai kompas digital yang boleh menentukan arah kiblat dan memberikan maklumat kepada pengguna.

Sejadah Bercahaya Bila Tepat Pada Kiblat

Uniknya, sejadah ini juga dilengkapi dengan butang yang boleh menutup cahaya lampu pada sejadah berkenaan.

Difahamkan, pada masa ini hanya terdapat dua El Sajjadah di dunia kerana Ozenc masih lagi mengumpul dana untuk pengeluaran secara besar-besaran suatu hari nanti.

Kita doakan semoga usaha Ozenc untuk mengeluarkan sejadah berteknologi ini berjaya tercapai.



sumber
http://mynewshub.cc/2015/07/09/unik-lelaki-turki-cipta-sejadah-bercahaya-bila-arah-kiblat-tepat/#gs.0df6e0de167042389a1e18f9bd39835c


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.