Rabu, 8 Julai 2015

Rabu, Julai 08, 2015
Shah Jaszle Berubah Kerana Pesan Ayah | Pernah terpalit dengan kontroversi khalwat dan masih lagi dalam perbicaraan mahkamah, Shah Jazsle mengakui dia kini mahu terus berubah lebih-lebih lagi teringatkan pesanan arwah ayahnya yang berharap dia mendalami agama.

Shah Jaszle Berubah Kerana Pesan Ayah

“Arwah ayah juga banyak mengajar saya untuk terus bersabar. Sepanjang ayah sakit, sayalah orang yang bertanggungjawab menjaganya. Saya banyak bersama dia semasa dia lalui detik-detik keperitan. Dalam tempoh itu, saya mandikan ayah kerana ayah tidak boleh bergerak. Sekarang, ayah sudah tiada. Saya rindukan ayah”

“Alhamdulillah. Dia minta saya belajar agama. Mungkin dulu saya selalu mengabaikan ilmu agama. Saya terasa berada dalam sisi kegelapan kerana pernah meninggalkan solat. Kini saya sendiri selalu ingat pesan ayah supaya jangan meninggalkan solat”

“Saya mahu berubah. Sekarang saya sudah berkahwin. Baik untuk saya mengubah diri,” jelasnya kepada Utusan Online selain menyatakan bahawa dia terus harus tabah dan tidak boleh mengalah dengan situasi yang menimpa.

Tambah pelakon yang kembali aktif ini, dia terpaksa mendiamkan diri hampir dua tahun bagi menenangkan dirinya selain untuk menjauhi kontroversi lebih-lebih lagi ketika teruk diserang mengenai kes khalwat dahulu.

sumber
http://www.rotikaya.com/shahz-jaszle-berubah-kerana-ingat-pesan-arwah-ayah/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.