Jumaat, 3 Julai 2015

Jumaat, Julai 03, 2015
Suami Isteri Maut DiSondol Babi Hutan | Suami isteri mati diserang babi hutan di kebun getah di Kampung Kuala Paya, Segamat, Johor tengah hari ini.

Suami Isteri Maut DiSondol Babi Hutan

Penoreh getah, Loo See Siang, 66, dan isteri Liau Mei Lan, 65, ditemui mati dengan kesan kecederaan di seluruh badan oleh orang ramai kira-kira 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Kamil Sukarmi berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat kejadian itu.

Katanya, berdasarkan kesan kecederaan pada seluruh badan mangsa pihaknya yakin mereka adalah mangsa serangan babi hutan.

"Haiwan liar itu berjaya ditembak mati ketika cuba menyerang anggota polis yang tiba untuk melakukan siasatan di tempat kejadian.

"Berdasarkan kesan darah kering pada haiwan itu, kita yakin ia adalah milik kedua-dua mangsa," katanya kes disiasat sebagai mati mengejut.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/61671#sthash.rsBNp2rC.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.