Ahad, 12 Julai 2015

Ahad, Julai 12, 2015
Susu Kambing Segar Tepi Jalan Tarik Perhatian | Hanya berbekalkan modal empat ekor kambing betina, pasangan China ini dilihat berjaya menarik perhatian orang di tepi jalan dengan menjual susu kambing segar yang diperah secara langsung terus di situ.

Susu Kambing Segar Tepi Jalan Tarik Perhatian

Mereka berdua dikatakan mampu meraih keuntungan yang sangat lumayan apabila berjaya menjual susu segar itu dengan harga 13 yuan (kira-kira RM6) sebotol di ibu wilayah Shaanxi, Xian.

Pasangan tersebut bagaimanapun hanya menjalankan perniagaan mereka di tepi jalan di pusat bandar Xi’an, antara kota tertua di China; yang biasanya sesak pada setiap hari Rabu.

Susu Kambing Segar Tepi Jalan Tarik Perhatian

Ini menyebabkan perniagaan unik mereka itu mendapat sambutan dan perhatian ramai orang sehingga pelanggan mereka perlu beratur panjang semata-mata untuk membelinya.

Susu kambing yang diperah di situ dikatakan sangat laris dan ada pelanggan yang sanggup datang dari jauh untuk membelinya secara segar semula jadi kerana haiwan itu diperah terus di depan mereka tanpa malu.

Susu Kambing Segar Tepi Jalan Tarik Perhatian

Bayangkanlah pelanggan dapat melihat sendiri proses pemerahan langsung dari puting tetek kambing berkenaan yang ditambat pada pokok untuk mengelak mamalia tersebut melarikan diri.

Susu Kambing Segar Tepi Jalan Tarik Perhatian

Usaha mereka ini boleh dijadikan contoh kepada orang ramai, jika mahu mencapai sesuatu pasti ada jalannya, ia bergantung pada sikap individu itu sahaja bagaimana mencari rezeki.

Susu Kambing Segar Tepi Jalan Tarik Perhatian

Susu Kambing Segar Tepi Jalan Tarik Perhatian

Semoga usaha murni dan kreatif mereka ini dapat memberikan keuntungan yang setimpal dan terus maju pada masa yang akan datang. – Agensi

sumber
http://mynewshub.cc/2015/07/11/susu-kambing-segar-di-tepi-jalan-jadi-kegilaan-di-china/#gs.a9b4ccc20fe3454ab7eee786d2c1ba1b


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.