Khamis, 9 Julai 2015

Khamis, Julai 09, 2015
Tahniah, Salih Yaacob Timang Anak Ke 13 | Pelakon dan pelawak Salih Yaacob, 54, dikurniakan anak ke-13 selepas isteri keempatnya, Samihah Syeikh Ali, 28, atau Emi selamat melahirkan anak di pusat perubatan swasta di Ampang, malam tadi.

Tahniah, Salih Yaacob Timang Anak Ke 13

Emi melahirkan bayi perempuan seberat 3.68 kilogram menerusi pembedahan pada 11.30 malam.

Salih berkata, bayi diberi nama Elly Zalikha itu satu-satunya anak Salih dilahirkan melalui pembedahan.

“Ini pengalaman pertama dapat anak menerusi pembedahan. Saya tak berani masuk ke bilik pembedahan kerana takut pitam. Anak-anak lain semuanya dilahirkan normal,” katanya.

Menurut Salih, isteri pertamanya, Norlizah Mamat, 50, banyak membantu Emi di hospital dan turut membantu dalam tempoh berpantang nanti.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/63276#sthash.UeX4Q4aO.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.