Khamis, 23 Julai 2015

Khamis, Julai 23, 2015
Tangan Budak KOYAK Gara-Gara Eskalator : Aktiviti santai sebuah keluarga di pusat beli-belah di sini bertukar panik apabila jari seorang kanak-kanak tersepit di eskalator.

OTangan Budak KOYAK Gara-Gara Eskalator

Ng Juen Shen, tiga tahun, sedang menaiki eskalator untuk turun ke tingkat bawah dengan ibu bapanya dan duduk di eskalator itu sambil tangannya diletakkan di bahagian tepi sebelum jarinya tersangkut.

Seorang pengawal keselamatan yang bertugas segera menekan butang kecemasan untuk menghentikan pergerakan eskalator apabila mendengar bapa kanak-kanak itu, Wei Kang, 30, menjerit meminta pertolongan.

Pengalaman pahit kanak-kanak itu, bagaimanapun, tidak berpanjangan apabila tangannya hanya tersepit kira-kira 10 minit sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan kakitangan pusat beli-belah berjaya mengeluarkannya.

Kulit tangannya koyak sehingga ke pergelangan tangan, bagaimanapun, imbasan sinar-X menunjukkan tiada keretakan atau tulang yang patah.

Wei Kang, seorang juruteknik yang tinggal di Permatang Pauh, berkata beliau merancang membawa keluarganya ke pusat beli-belah sebelum menuju ke Esplanade untuk melihat pameran.

Ketika di eskalator, beliau menjaga anak bongsunya Juen Xuan, dua tahun dan isterinya menjaga Juen Shen.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/07/23/jari-tersepit/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.